Advertisements
Indonesia Mudah Ratah Brunei
Asia Tenggara
MakanBola
Timnas Indonesia

Pertemuan Indonesia menentang Brunei pada perlawanan pertama aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2024 berakhir dengan kemenangan memihak kepada Indonesia.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 2-0 apabila Indonesia mendahului Brunei menerusi jaringan Dimas Drajad dan Rizky Ridho. Rizky Ridho sempat menampan masuk bola hantaran sepakan percuma yang diambil Saddil Ramdani pada minit ke-12 permainan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, kemasukan pemain muda Indonesia, Ramadhan Sananta membuahkan hasil apabila beliau menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-63 permainan selepas beliau dijatuhkan.

Ramadhan sekali lagi meledak empat minit selepas itu sebelum Dimas Drajad mencetak jaringan kedua peribadinya malam ini.

Sebelum tamat permainan, Dimas Drajad berjaya mencatat hatrik. Beliau memastikan malam gemilang buat Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.

Empat gol tambahan di babak kedua permainan memastikan Indonesia menang bergaya, menewaskan Brunei dengan keputusan 6-0.

Indonesia bakal terbang ke Brunei untuk aksi timbal balik pada 17 Oktober di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Pemenang bagi pertemuan ini secara sah akan layak ke pentas Piala Asia 2024, berada dalam Kumpulan F bersama Iraq, Vietnam dan Filipina.