Indonesia Muncul Juara Futsal Invitational, Tewaskan Filipina
UltraSukan
FFI
Advertisements

Skuad futsal wanita Indonesia muncul juara PFF Women’s Tri Nation Futsal Invitational 2023 di Filipina.

Ini selepas mereka mengalahkan tuan rumah, Filipina dalam aksi final kejohanan hari ini.

Indonesia mara ke final selepas mengalahkan New Zealand 3-1 dan Filipina 9-4 dalam dua aksi terawal kejohanan.

Advertisements

Dua kemenangan ini membolehkan Indonesia menanti siapa lawan mereka di pentas final pada Ahad.

Selepas dibelasah Indonesia 9-4 dan tewas 4-1 di tangan New Zealand, Filipina memastikan mereka mara ke final selepas mengalahkan lawan sama 1-0 dalam penentuan slot final.

Babak pertama menyaksikan dominasi Indonesia di mana mereka mendahului tuan rumah dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Biarpun tuan rumah menambah satu lagi gol, itu tidak cukup untuk menghalang Indonesia bergelar juara selepas mereka menyumbat tiga lagi gol.

Keputusan 5-2 sudah cukup buat Indonesia menjulang gelaran juara PFF Women’s Tri Nation Futsal Invitational 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram