Indonesia Muncul Juara Piala AFF B-19
MakanBola
Timnas Indonesia
Sponsors

Aksi final Piala AFF B-19 2024 melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Thailand.

Indonesia diangkat sebagai juara selepas menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0.

Ad

Separuh masa pertama perlawanan bermula dengan Indonesia membuka tirai jaringan pada minit ke-17 permainan. Penyerang naturalisasi Indonesia, Jens Raven memanfaatkan hantaran daripada Kafiatur Rizky untuk gol pertama pasukan.

Ad

Jaringan terhasil bermula daripada sepakan penjuru yang diambil Kafiatur apabila tendangan beliau terus melewati pertahanan Thailand sebelum Jens Raven menyambar masuk bola ke gawang Thailand.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan Indonesia 1-0 Thailand.

Ad

Bersambung aksi di babak kedua, perlawanan tertumpu kearah pasukan Thailand yang beberapa mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan.

Ad

Skuad kendalian Indra Sjafri pula disiplin bertahan dan kerap memanfaatkan serangan daripada bahagian sayap.

Ad

Memasuki babak akhir, lima minit masa tambahan diberikan pengadil. Keputusan di babak pertama tetap kekal dengan jaringan tunggal Jens Raven menjulang skuad Indonesia bergelar juara. Aksi di Stadium Gelora Bung Tomo tamat dengan keputusan Indonesia 1-0 Thailand.

Ini merupakan kejuaaran kedua buat Indonesia dalam kempen Piala AFF B-19 selepas 13 tahun Skuad Garuda tidak diangkat sebagai juara apabila kali terakhir adalah pada edisi 2013.