Indonesia Peroleh 14.71 Mata, Tambahan Mata Tertinggi Asia Tenggara
MakanBola
pssi
Sponsors

Pasukan kebanggsaan Indonesia berjaya melakar kejutan ke atas pasukan ranking ke-84 dunia, Curacao dengan dua kemenangan berturut bagi saingan perlawanan persahabatan antarabangsa yang telah berlangsung sebelum ini. 

Bagi perlawanan pertama, Indonesia menang 3-2 Curacao dan perlawanan kedua pula dengan keputusan 2-1.  

Ad

Dua kemenangan ini menyebabkan skuad kebangsaan Indonesia berjaya mengumpul 14.71 mata dan dijangka akan naik 4 anak tangga hingga ke kedudukan 151 dunia dari segi ranking FIFA. 

Ad

Sebelum perlawanan persahabatan antarabangsa berlangsung, Indonesia berada di ranking 155 dunia. 

Jumlah mata yang bakal diperoleh pasukan Indonesia ini akan dapat membantu mereka untuk memburu pot terbaik bagi Piala Asia 2023 akan datang. 

Ad

Corak permainan yang dipamerkan Indonesia sejak kendalian jurulatih Korea Selatan ini sangat berbeza dan lebih baik berbanding sebelum ini. 

Keputusan ini menyaksikan pasukan Indonesia berjaya mengumpul mata tertinggi Asia Tenggara.