Indonesia Sama Hebat – Hantar Iqbal Trial Ke Kelab Turki
Asia Tenggara
Advertisements

Selepas Egy Maulana Vikri dan Witan Sulaiman, Indonesia mungkin bakal mempunyai seorang lagi pemain muda yang bakal beraksi bersama pasukan luar negara. Pemain yang dimaksudkan itu adalah Muhammad Iqbal, bekas pemain pasukan kebangsaan Indonesia U-19 yang kini menjalani trial selama dua minggu di kelab Liga Turki, Antalyaspor.

Iqbal di Antalyaspor

Menurut satu laporan daripada media sukan terkenal Indonesia, Indosport, sekiranya lulus dan dapat memikat hati pasukan pelatih Antalyaspor, Iqbal mungkin akan direkrut sebagai pemain apabila musim perpindahan Januari 2021 dibuka nanti. Sekiranya terpilih, Iqbal akan dapat beraksi bersama bintang dunia iaitu bekas pemain Real Madrid, Nuri Sahin dan juga bintang Jerman, Lukas Podolski.

Menurut rekod, pemain berusia 20 tahun itu sedikit ‘tenggelam’ selepas mengalami kecederaan lutut. Selepas pulih dari kecederaan, beliau menyertai kelab Liga 2 Indonesia iaitu Persika Kerawang dan PSMS Medan namun sekali lagi cedera menghantui kariernya.

Advertisements

Antalyaspor kini menghuni tangga ke enam liga ke-enam Liga Turki, menggutip tujuh mata dalam empat perlawanan. Antalyaspor juga mepunyai dua orang bintang bola sepak dunia dan beberapa orang pemain kebangsaan Turki.

Dibawah disertakan video aksi Muhammad Iqbal semasa beraksi bersama Indonesia U-19.

https://www.youtube.com/watch?v=v6LBMocHTko
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram