Indonesia Tempah Tiket Ke Pusingan Ketiga, Malukan Filipina
Asia
MakanBola
Timnas Indonesia
Advertisements

Indonesia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Filipina di Stadium Gelora Bung Karno.

Tim Garuda yang dibimbing Shin Tae-yong berpeluang mengiringi Iraq selaku naib juara Kumpulan F dengan syarat mereka wajib menewaskan The Azkals malam ini.

Advertisements

Indonesia menurunkan barisan terkuat dengan Jay Idzes kembali memperkasakan barisan pertahanan. Sementara penyerang KL City FC, Patrick Reichelt mengetuai serangan Filipina.

Advertisements

Sebaik perlawanan bermula, Indonesia berusaha menggugat pertahanan pelawat menerusi trio Ragnar Oratmangoen, Rafael Struick dan Marselino Ferdinan.

Dan pemain sayap KMSK Deinze itu hampir meletakkan Tim Garuda di hadapan pada minit kelapan selepas menerima hantaran Thom Haye. Malangnya, percubaan Marselino berjaya ditangkap penjaga gol Filipina, Kevin Ray Mendoza.

Advertisements

Ini disusuli percubaan Calvin Verdonk pada minit ke-18. Verdonk yang membuat kemunculan pertama bersama Indonesia berharap dapat merekodkan jaringan pertama tetapi percubaannya tersasar.

Gol yang dicari tuan rumah akhirnya muncul pada minit ke-32 menerusi Haye. Bekas pemain SC Heerenveen itu melakukan satu rembatan jauh yang gagal diselamatkan Mendoza.

Advertisements

Oratmangoen hampir menggandakan kelebihan Indonesia menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-41 tetapi percubaannya tersasar. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Indonesia terus berusaha menggandakan kelebihan gol yang dimiliki mereka.

Pemain Swansea City, Nathan Tjoe-A-On terus menjadi duri dalam daging kepada The Azkals. Selepas mencipta gol buat Haye pada babak pertama, pemain berusia 22 tahun itu mencipta hantaran yang disudahkan Rizky Ridho Ramadhani pada minit ke-56.

Advertisements

Dengan Tim Garuda selesa mendahului di hadapan, Tae-yong memasukkan Ivar Jenner dan Yakob Sayuri menggantikan Struick dan Tjoe-A-On untuk menyuntik tenaga baru dalam pasukan.

Sementara pengendali Filipina, Tom Saintfiet pula memasukkan Paul Tabinas dan Pocholo Bugas menggantikan Reichelt dan Alex Monis.

Advertisements

Perlawanan kemudiannya terhenti seketika apabila Ernando Ari dan Adrian Ugelvik menerima rawatan pasukan perubatan selepas berlaga kepala semasa berebut bola. Bek tengah Filipina itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keadaan ini mendorong Saintfiet memasukkan bekas bek tengah Kelantan FC, Christian Rontini sebagai pengganti bek tengah berdarah Norway itu.

Advertisements

Disebabkan tempoh rawatan yang lama membabitkan Ernando dan Ugelvik, pengadil memberi masa tambahan sebanyak tujuh minit. Tempoh tersebut sudah cukup memastikan Indonesia bergelar pemenang hari ini.

Sofascore memilih Haye sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini. Pemain tengah berusia 29 tahun itu mendapat 8.5 mata, 0.8 mata di hadapan Rizky.

Advertisements

Kemenangan ini bukan saja mengesahkan kemaraan Indonesia ke pusingan ketiga kelayakan. Malah, ini secara tidak langsung menutup terus peluang Vietnam untuk layak ke pusingan seterusnya.

Advertisements

News Comments Account