Advertising
Indonesia Tersungkur Di Bumi Vietnam
MakanBola
Timnas Indonesia

Hasrat Indonesia untuk mencipta kejutan di Hanoi tidak kesampaian selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah, Vietnam dalam satu aksi Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024.

Vietnam bertali arus membuat asakan terhadap Indonesia seawal minit pertama perlawanan. Indonesia membuat keputusan untuk bertahan dan mengharapkan serangan balas untuk mencari jaringan.

Usaha keras Vietnam untuk memperoleh jaringan pertama di separuh masa pertama tidak kesampaian walaupun jelas memiliki hampir 80% penguasaan bola dan 8 peluang menjaringkan gol.

Ad

Bersambung babak ke-2, Vietnam meneruskan serangan bertali arus terhadap pasukan pelawat namun Indonesia mula mendapat rentak dan beberapa kali memiliki peluang menjaringkan gol.

Usaha keras Vietnam akhirnya membuahkan hasil selepas Nguyen Quang Hai berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-77. Sepakan Quang Hai sebelum itu terkena tiang namun beliau berjaya mendapatkan bola muntah dan menterjemahkannya kepada jaringan.

Ad
Ad

Perlawanan tamat dengan pasukan Vietnam berjaya menewaskan Indonesia 1-0 di Hanoi.

Vietnam sebelum ini mudah menundukkan Laos 1-4 dalam perlawanan pertama mereka di AMEC 2024 manakala Indonesia menang tipis 0-1 bertemu Myanmar dan turut seri 3-3 bertemu Laos dalam aksi ke-2.

Indonesia bakal bertemu Filipina pada 21 Disember ini untuk perlawanan terakhir mereka dalam kumpulan B manakala Vietnam berhadapan pasukan yang sama, Filipina 3 hari lebih awal pada 18 Disember ini.