Jaguh Asia Tenggara, Indonesia mengumumkan barisan pemain bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Iraq dan Filipina.
Senarai 22 pemain Indonesia ini telah dikeluarkan menerusi satu hantaran oleh Timnas Indonesia di media sosial rasmi pasukan.
Indonesia yang dibimbing oleh Shin Tae-yong bakal diperkuat dengan 13 pemain yang beraksi di kelab luar negara seperti Justin Hubner, Jay Idzes, Thom Haye dan ramai lagi.
Dua penjaga gol iaitu wira Indonesia di kempen Piala Asia Bawah 23 tahun lalu, Ernando Ari dan Adi Satryo dari kelab PSIS akan bersaing hebat untuk merebut tempat mengemudi gawang Sang Garuda.
Manakala lima pemain pertahanan, tujuh pemain sayap, empat pemain tengah dan empat penyerang bakal melengkapkan senarai 22 pemain yang dipanggil oleh Shin Tae Yong.
Ketika ini, Indonesia berada di tangga kedua kumpulan F bagi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan mengumpul tujuh mata dari empat perlawanan, lima mata di belakang pendahulu, Iraq.
Pertembungan Indonesia menentang Iraq dijadualkan berlangsung pada 6 Jun manakala aksi berdepan Filipina pula akan dijalankan lima hari kemudian dengan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.
Senarai 22 pemain Indonesia bagi aksi berdepan Iraq dan Filipina.
Penjaga gol: Ernando Ari (Persebaya), Adi Satryo (PSIS).
Pertahanan: Jordi Amat (JDT) Jay Idzes (Venezia) Justin Hubner (Cerezo Osaka), Rizky Ridho (Persija), Muhammad Ferarri (Persija).
Pemain sayap: Pratama Arhan (Suwon) Asnawi Mangkualam (Port), Nathan Tjoe-A-On (Heerenven), Shayne Pattynama (KAS Eupen), Sandy Walsh (KV Mechelen), Yakub Sayuri (PSM), Yance Sayuri (PSM).
Pemain tengah: Ricky Kambuaya (Dewa United), Thom Haye (Heerenven), Marselino Ferdinan (KMSK Deinze), Ivan Jenner (Utrecht).
Penyerang: Dimas Drajad (Persikabo), Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard), Egy Maulana Vikri (Dewa United), Rafael Struick (ADO Den Haag)