Indonesia vs Myanmar: Myanmar Tewaskan Skuad Muda Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
@theaseanball
Advertisements

Skuad muda wanita Indonesia kempunan meraih tempat ketiga Kejohanan AFF B-19 Wanita selepas dikecewakan Myanmar menerusi penentuan sepakan penalti.

Babak pertama menyaksikan Chinthe terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Yin Loon Eain pada minit ke-30.

Advertisements

Skuad B-19 wanita Indonesia bagaimanapun bangkit pada babak kedua dan meraih gol penyamaan menerusi Marsela Yuliana Awi pada minit ke-49.

Keputusan 1-1 pada akhir perlawanan mengheret perlawanan ke masa tambahan tetapi kedua-dua pasukan gagal mencari jaringan kemenangan.

Advertisements

Ini membawa kepada penentuan sepakan penalti dengan Myanmar muncul pemenang selepas menyempurnakan empat penalti.

Sementara Tim Garuda pula kecewa kerana hanya dapat menyudahkan dua sepakan penalti.

Advertisements

Di sebalik kekecewaan itu, ia dilihat satu pengalaman yang baik buat anak-anak didik jurulatih Rudy Eka Priyambada.

Advertisements

News Comments Account