“Industri Bola Sepak Terlalu Mencabar” – Daud Bakar
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Pemilik Majoriti Kedah Darul Aman FC (KDAFC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar melihat industri bola sepak kini terlalu mencabar.

Kedah yang dibimbing oleh Nafuzi Zain difahamkan terpalit dengan isu tunggakan gaji sejak awal musim ini hingga menyebabkan beberapa pemain memilih untuk berhijrah keluar.

Ad

Situasi tampak lebih berat apabila sesi latihan skuad Kenari juga telah diboikot oleh para pemain sebelum ini bahkan Kedah juga sempat menurunkan ‘ubi muda’ dalam aksi Liga Super.

Ad

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular oleh pihak media mengenai hasrat sebuah syarikat global yang berminat untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan dan tanggungan kelab.

“Berdasarkan beberapa laporan media sosial, media cetak mahupun media elektronik sejak beberapa hari lepas berhubung hasrat sebuah syarikat global untuk membeli keseluruhan kepentingan dan tanggungan KDA FC.”

Ad

Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar selaku pemilik KDA menyambut baik hasrat tersebut dan menzahirkan penghargaan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membeli saham pasukan.

Ad

Hal ini kerana menurut beliau, perniagaan dalam industri bola sepak ini bukanlah tugas mudah dan terlalu mencabar serta menghargai kesediaan dan bantuan dari pihak luar.

Ad

“Pihak kelab amat mengalu-alukan hasrat murni tersebut. Kesediaan dan keberanian untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC adalah amat dihargai,” kata beliau dalam satu kenyataan.

“(Ini) memandangkan perniagaan dalam industri sukan bola sepak adalah terlalu mencabar,” tambah beliau yang menjadi pemilik Kedah sejak September 2022.