UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia membawa cabaran Jalur Gemilang di pentas separuh akhir Australian Open 2024.

Advertisements

Zii Jia membuat penampilan kedua di pentas separuh akhir kejohanan itu selepas menyingkirkan Kenta Nishimoto di peringkat suku akhir.

Juara Thailand Open 2024 itu bukan satu-satunya wakil Malaysia di peringkat separuh akhir Australian Open 2024. Zii Jia turut diiringi tiga lagi wakil negara iaitu Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Lai Pei Jing-Lim Chiew Sin.

Advertisements

Pei Jing membawa cabaran negara dalam dua acara berbeza. Beliau bergandingan dengan Kian Meng untuk acara beregu campuran dan Chiew Sin untuk acara beregu wanita.

Barisan Pemain Malaysia Suku Akhir Australian Open

Peringkat separuh akhir bakal menyaksikan Zii Jia berdepan wakil Taiwan dan pemain perseorangan ke-37 dunia, Lee Chia Hao.

Advertisements

Bekas juara All England 2021 itu perlu menunjukkan persembahan terbaik bila menentang pemain Taiwan itu. Ini kerana Chia Hao pernah mengalahkan Zii Jia sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan sebelumnya.

Tahun 2024 menyaksikan anak jati Alor Setar, Kedah itu muncul juara Thailand Open 2024 dan finalis Malaysia Masters 2024. Sementara pencapaian terbaik Chia Hao setakat ini ialah dua penampilan suku akhir dalam kejohanan Thailand Open 2024 dan Swiss Open 2024.

Advertisements

Tiga lagi wakil negara berdepan cabaran berbeza. Hon Jian-Haikal bakal berdepan regu China, He Jiting-Ren Xiangyu untuk separuh akhir acara beregu lelaki.

Sementara Pei Jing pula bakal bergandingan dengan Kian Meng untuk menentang Jiang Zhenbang-Wei Yaxin untuk beregu campuran. Selepas itu, beliau akan membantu Chiew Sin menentang regu wanita Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.

Advertisements

Info Siaran Langsung Australian Open: Lee Zii Jia vs Lee Chia Hao

Tarikh: 15 Jun 2024 (Sabtu).
Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang.
Venue: Quaycentre, Sydney, Australia.
Siaran Langsung: Astro Supersport dan Youtube BWF TV.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram