Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kelantan FC bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini menyaksikan anak didik Tano Solari mahu mengekalkan momentum terbaik selepas menang tiga aksi awal musim ini sambil membelasah Negeri Sembilan dengan keputusan 7-0.
Namun begitu, skuad The Red Warriors sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata penting setelah mendapat momentum selepas menang ke atas Penang FC tempoh hari.
Walau bagaimanapun, anak didik Choi Moon-sik dijangka berdepa tugas suka apabila perlu beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong lawan.
Kesebelasan Utama JDT vs Kelantan
Info Siaran Langsung JDT vs Kelantan
Tarikh: 11 Mac 2023
Masa: 5:30 petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Live: Sooka TV
Keputusan perlawanan akan disiarkan di Makanbola.com