Advertisement

Follow us:

Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Terengganu | Liga Super 2023

Kedah Ganu Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Terengganu | Liga Super 2023
Kedah Darul Aman FC
Nik Faris
@nikfalovic
8:02pm 01/03/2023
Pivo

Pertembungan antara dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan juga Terengganu bakal berlangsung dengan cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan bertemu hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Aman malam ini menyaksikan anak didik Nafuzi Zain mahu mengekalkan momentum terbaik selepas melakar kemenangan dalam aksi pertama berdepan Perak di gelanggang lawan.

Namun begitu, Terengganu sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata pertama musim ini setelah tewas kepada JDT dalam aksi pembukaan Piala Sumbangsih baru-baru ini.

Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbrückner sudah pasti merencanakan sesuatu bagi merealisasikan misi pasukannya.

Kesebelasan Utama Kedah Darul Aman vs Terengganu

Info Siaran Langsung Kedah Darul Aman vs Terengganu

Tarikh: 1 Mac 2023 (Rabu)
Masa: 9.00 malam
Venue: Stadium Darul Aman, Kedah.
Siaran Langsung: TV2 & Sukan RTM

Keputusan perlawanan akan dikeluarkan sejurus perlawanan tamat di MakanBola.com.