Ingat Piala Asia, Ingat Indra Putra Mahayuddin
MakanBola
AFC

Nama pemain lagenda Harimau Malaya, Indra Putra Mahayuddin akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pemain yang meledak gol dalam saingan Piala Asia.

Gol Indra Putra ketika menentang China dalam perlawanan pembukaan Piala Asia 2007 menjadi jaringan terakhir Malaysia dalam saingan paling berprestij di Asia itu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berakhir dengan kemenangan besar buat China 5-1. Jaringan China dijaringkan Han Peng (2 gol), Wang Dong (2 gol) dan Shao Jiayi.

Ad

Sebagai info, Malaysia menjadi tuan rumah bersama bagi Piala Asia 2007 bersama-sama tiga lagi negara Asia Tenggara yang lain iaitu Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Ad

Malaysia yang diletakkan di dalam Kumpulan C bersama-sama China, Iran dan Uzbekistan telah mengakhiri kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Jaringan Indra Putra ketika menewaskan China tersebut merupakan satu-satunya jaringan yang berjaya dihasilkan pemain Malaysia dalam Piala Asia 2007 dan Malaysia juga telah dibolosi sebanyak 12 gol sepanjang kejohanan.

Ad

17 tahun sudah berlalu dan ianya kekal dalam sejarah penglibatan Malaysia di Piala Asia. Kini Malaysia telah layak ke Piala Asia secara merit selepas 42 tahun penantian.

Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik untuk memberikan impak yang maksima dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar selepas beberapa kemenangan berjaya dicipta sejak kebelakangan ini.

Bagi kempen Piala Asia 2023, Malaysia diletakkan di kumpulan E bersama-sama tiga lagi pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Jordan akan menjadi lawan pertama Harimau Malaya pada 16 Januari.

Manakala di perlawanan kedua, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup aksi kumpulan dengan perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.

Highlight Piala Asia 2007 di antara Malaysia dan China DI SINI.