Ini 3 Destinasi Pilihan Luqman Hakim Jika Pulang Ke Asia
Asia
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin telah menyenaraikan 3 liga yang menjadi destinasi pilihan beliau jika pulang beraksi di Asia.

Pemain berusia 21 tahun itu sedang beraksi buat kelab Iceland, Njardvik FC namun berdepan saingan sengit ketika ini.

Beliau hanya beraksi dalam beberapa perlawanan di sana sejak kebelakangan ini termasuklah 5 minit ketika turun menentang Selfoss baru-baru ini.

Advertisements

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, beliau menyenaraikan tiga destinasi pilihan sekiranya ingin pulang beraksi di Asia.

Luqman memberikan dua liga di Asia yang cukup kompetitif sebagai pilihan di samping memilih untuk beraksi di Thailand.

Advertisements

“Saya nak beraksi di Asia seperti di Jepun, Korea atau pun di Thailand.”

“Saya tertarik dengan bola sepak di sana kerana kita tahu status bola seoak misalnya Jepun yang dah maju. Ramai pemain mereka beraksi di liga tempatan kemudian pergi ke Eropah,” jelas Luqman.

Advertisements

Suasana di Thailand menjadi tarikan Luqman yang mahu mencuba bola sepak baharu dalam perjalanan kariernya.

Beliau dijangka akan memperkuat pasukan bawah 23 tahun negara September ini bagi kejohanan Kelayakan Piala Asia B-23 namun tidak menyertai pasukan E. Elavarasan kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram