“Ini Adalah Peluang Yang Jarang Berlaku” – Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar
Dunia
Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar
Advertisements

Pemilik Kedah Darul Aman FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar menzahirkan keterujaannya selepas melakukan kunjungan hormat mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Semenjak saya menjadi pemilik KDA FC, saya telah bertemu dengan beberapa pemilik & pengurus pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Saya menghormati mereka sebagai tokoh masyarakat yang ingin membangun sukan bola. Lagipun saya masih baru & mentah.

“Saya ingin sangat melakukan kunjungan hormat mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Malangnya, semasa KDA FC bermain di Stadium JDT, saya ada tugasan di luar negara,” tulis Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar di Facebook.

Advertisements

Beliau turut menunda segala temu janjinya untuk berada di Johor dan mengadap TMJ.

“Alhamdulillah, saya mendapat perkenan bagi mengadap pada hari ini 12 Januari 2023. Saya telah pinda semua mesyuarat & temu janji saya untuk berada di Johor. Ini adalah peluang yang jarang berlaku.

“Sebagai pemilik Kedah FC, sebuah pasukan yang besar & mempunyai legasi yang lama lagi harum, saya perlu menjalankan tanggungjawab saya untuk membuat ‘connection’ dengan semua pemegang taruh khususnya mereka yang banyak berjasa, berperanan & mempunyai pengaruh dalam membentuk lanskap bola sepak negara.

Advertisements

“Perkenalan dan perbincangan dengan mereka yang lebih berpengalaman adalah jalan pintas untuk berjaya. Paling kurang, saya ingin kurangkan titik-titik kesalahan dan ketidakcekapan saya dalam menguruskan sebuah pasukan besar seperti pasukan KDA FC. Saya ingin KDA lebih laju. Boleh terbang dengan lebih dari dua sayap.

“DYAM Tunku Ismail adalah seorang tokoh yang terbilang yang berjaya membina pasukan JDT sejak tahun 2013. Alhamdulillah, DYAM Tunku Ismail banyak luangkan masa menceritakan pengalaman dalam membina dan menguruskan sebuah pasukan dari ground zero. Dari tanah rendah (low ground) ke tanah pertengahan (middle ground). Sekarang berada di tanah tinggi (high ground).

“Saya hadiahkan beberapa buku saya kepada DYAM Tunku. Alhamdulillah, saya boleh menulis dengan baik. Tetapi saya kena belajar lagi ilmu pengurusan bola sepak yang bertarung di liga super yang amat kompetitif. Sudah pasti Sang Kenari ingin juga berada di tanah tinggi. Junjung kasih Tunku.”

Advertisements

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar turut menjelaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perbincangan bersama bekas pemain Kedah, Syafiq Ahmad.

“Selepas acara mengadap, saya dibawa melawat Pusat Latihan JDT. Saya bertemu dengan pemain-pemain JDT termasuk Syafiq. Saya akan sambung cerita lawatan ini dalam bahagian 2 tetapi saya nak sebut awal-awal tiada apa-apa perbincangan dengan Syafiq (Syafiq Ahmad),” ujar Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram