Advertisement
“Ini Cara JDT Bermain” – Tano Solari
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Ketua jurulatih JDT, Tano Solari memuji aksi anak buahnya yang berjaya menewaskan cabaran Ulsan Hyundai untuk terus bersaing dalam kancah ACL.

Solari mengakui kekalahan 1-3 digelanggang Korea Selatan tempoh hari mendorong pasukan JDT untuk tampil lebih baik dalam perlawanan ini.

“Sejujurnya bila kita menentang pasukan dari Korea Selatan, kita tahu kita boleh menghasilkan permainan yang bagus. Hari ini kita tahu kita perlu bertahan dengan lebih baik dan kita perlu berusaha lebih seperti saya katakan.” ujar Solari.

Tambahnya, JDT juga berjaya mengekalkan fokus dan pantas melupakan kekalahan lalu untuk bangkit memenangi perlawanan dilaman sendiri.

“Tapi yang paling penting ialah perwatakan pasukan dari segi cara menguruskan detik-detik permainan. Ada masa kita gembira, ada masa kita menderita tapi inilah bola sepak.” ujarnya lagi.

“Inilah bola sepak yang kita mainkan. Dan seperti saya katakan sebelum ini, kita boleh kalahkan mereka di tempat mereka tapi kita kalah 3-1. Hari ini kita tahu mereka juara (K-League), ianya sukar dan kita berdepan kesukaran menentang mereka sepanjang masa. Kita tahu macam mana nak melakukannya dan saya gembira untuk semua orang bahawa kita mampu melakukannya.”

JDT kini memungut 6 mata setelah mengharungi 4 perlawanan dan turut berkongsi mata dengan pasukan Ulsan Hyundai.

Berbaki 2 perlawanan lagi bagi peringkat kumpulan I, JDT bakal berdepan Kawasaki Frontale pada 28 November dan BG Pathum United pada 12 Disember ini.