“Ini Kesalahan Terbesar PSSI Lakukan” – Radja Nainggolan
Asia Tenggara
MakanBola
PSSI
Advertisements

Legenda Belgium, Radja Nainggolan berharap Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menilai semula usaha merekrut pemain naturalisasi untuk skuad kebangsaan Indonesia.

Bekas pemain tengah AS Roma itu berpandangan sesetengah pemain warisan yang dibawa masuk bukan saja terlalu muda. Malah, sesetengah pemain ini dilihat tidak memiliki pengalaman di peringkat antarabangsa.

Advertisements

Pandangan Nainggolan dibuat selepas melihat persembahan skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) dalam saingan Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu memuji persembahan mantap yang ditampilkan anak-anak buah Shin Tae-yong sepanjang kejohanan.

Advertisements

Pada masa sama, beliau melihat pengalaman pemain naturalisasi sebagai kunci sekiranya Indonesia ingin tampil lebih mantap di pentas antarabangsa selepas ini.

“Ya, mereka (skuad Indonesia) bermain baik. Tapi ketika melawan pasukan yang lebih mencabar, anda lihat sendiri kelmarin (mereka) kalah 2-0, ada empat rembatan Uzbekistan yang terkena tiang.

Advertisements

“Jadi masih banyak perkara yang harus dilakukan. (Kualitinya) lebih baik sedikit tetapi maksud saya, bukan saja pemain antarabangsa yang datang dari negara lain yang menjalani proses naturalisasi dan datang ke Indonesia.

“Tapi mereka haruslah pemain yang bagus. Anda tidak boleh membawa pemain muda sembarangan dan bermain dalam skuad kebangsaan (Indonesia) tanpa sebarang pengalaman.

Advertisements

“Kerana bermain di peringkat antarabangsa memerlukan pengalaman. Dan bagi saya, ini satu kesilapan besar daripada PSSI ketika ini,” katanya kepada GOAL Indonesia.

PSSI ketika ini sibuk mengusahakan proses naturalisasi dua lagi pemain iaitu Jens Raven (FC Dordrecht) dan Calvin Verdonk (NEC Nijmegen).

Advertisements

Hal ini didedahkan sendiri oleh Presiden PSSI, Erick Thohir menerusi satu hantaran di Instagram peribadi beliau beberapa hari lepas.

Sekiranya proses naturalisasi kedua-dua pemain berjalan lancar, mereka bakal menjadi pemain terbaru memperkuatkan Tim Garuda.

Advertisements

Antara pemain naturalisasi yang memperkuatkan Indonesia ialah Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)), Thom Haye (Heerenveen), Sandy Walsh (KV Mechelen) dan Ragnar Oratmangoen (Fortuna Sittard).

Skuad Indonesia B-23 bakal turun menentang Iraq untuk aksi penentuan tempat ketiga/keempat Piala Asia B-23 2024 pada malam ini.

Advertisements

Pemenang perlawanan tersebut akan mengiringi Uzbekistan dan Jepun layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

News Comments Account