Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari yakin dengan kemampuan pasukannya untuk mengharungi saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Pengendali kelahiran Argentina itu yakin detik yang ditunggu-tunggu untuk bersaing di pentas tertinggi bola sepak Asia mampu menjelmakan sesuatu buat pasukan kendaliannya.
Beliau menyedari kemampuan sebenar lawan dari Jepun yang memiliki reputasi yang cukup baik.
Katanya, pengalaman Kawasaki Frontale beraksi di Liga Jepun akan memberi kelebihan kerana mereka berdepan dengan lawan yang amat kompetitif.
“Saya tahu ini merupakan aksi yang sangat mencabar. Kami berdepan lawan yang cukup kuat.”
JDT mahu menjadikan aksi ini sebagai satu medan untuk bersaing secara kompetitif dan mahu menampilkan aksi terbaik.
“Untuk meningkatkan tahap kami, kami berdepan pasukan yang sangat kompetitif namun masih jauh perjalanan pasukan di sini.”
“Apa yang penting, kami perlu bersaing dengan pasukan yang lebih baik jadi kami akan buat yang terbaik,” jelasnya kepada Astro Arena.
Beliau juga sedar Kawasaki Frontale akan beraksi dengan lebih agresif dan gemar menggerakkan bola dengan lebih laju.
JDT akan berdepan Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim pada 19 September 2023 pada jam 8 malam.