“Ini Perlawanan Yang Tidak Masuk Akal” – Dion Cools
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola
Advertisements

Pemain terbaik perlawanan, Dion Cools menyifatkan kemenangan dramatik ke atas Kyrgyzstan sebagai perlawanan yang tidak masuk akal baginya.

“Sejujurnya saya tidak menyangka kita akan menang dalam perlawanan ini. Perlawanan yang tidak masuk akal. Saya rasa semua pemain mula hilang semangat termasuk saya namun kami berjaya bangkit.” ujar Cools.

Advertisements

Pertahanan tengah Malaysia itu juga berterima kasih atas sokongan yang diberikan para penyokong Harimau Malaya sewaktu perlawanan.

“Kami tunjukkan karakter kami. Terima kasih kepada seluruh pasukan dan penyokong. Saya gembira dapat menjaringkan 2 gol namun kemenangan ini lebih bermakna buat saya.” tambah beliau.

Advertisements

Dion Cools muncul watak penting disebalik kemenangan Malaysia apabila 2 gol beliau membantu Malaysia meraih 3 mata pertama dalam aksi kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026.

Kedua-dua gol penting pemain berusia 27 tahun ini hadir menerusi tandukan dan gol kedua Cools selaku gol penyamaan berjaya membangkitkan kembali semangat Malaysia.

Selain itu, Faisal Halim turut mengakui kerja keras pemain Malaysia membuahkan hasil apabila pasukan mampu bangkit meledak 3 gol pada separuh masa kedua.

Advertisements

Kemenangan ini pastinya membakar lagi semangat Harimau Malaya bagi aksi seterusnya dimana Malaysia bakal berdepan pasukan Taiwan pada Selasa ini.

Advertisements

News Comments Account