Asia
Buriram United
Advertisements

Percaya atau tidak bahawa kelab tersohor Thai League 1, Buriram United pernah menjual lebih 600,000 helai jersi dalam 1 musim. Buriram United juga berjaya merekodkan jualan berjumlah RM3.37 juta untuk 1 hari perlawanan pada musim 2019!

Lebih menarik, untuk musim 2019 itu Buriram United gagal muncul selaku juara saingan Thai League 1 tetapi berjaya mencatatkan jumlah jualan merchandise 19 kali lebih tinggi dari Chiangrai United – juara musim itu.

Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Buriram United untuk mencapai angka sebegitu?

Advertisements

Buriram United Bina Jenama, Bukan Sekadar Pasukan.

Memetik artikel yang dikeluarkan oleh portal bola sepak Thailand – MainStand, kebanyakan pengurusan kelab dinegara itu akan menjelaskan bahawa adalah sangat mencabar untuk menjana keuntungan dalam bola sepak.

Sebahagian besar pendapatan kelab adalah ahsil dari penajaan dan perkara ini sangat berkait rapat dengan prestasi pasukan diatas padang. Dengan ‘mindset’ sebegini, hampir semua pemilik memberikan fokus diatas padang semata-mata dan tidak nampak bagaimana untuk menjana pendapatan lain.

Rahsia utama kejayaan Buriram United adalah terletak kepada ‘brand positioning’ mereka. Mereka boleh dan mampu untuk mengambil jalan mudah memberikan fokus kepada memenangi perbagai kejohanan, tetapi misi mereka adalah untuk melangkaui permainan diatas padang dan melebarkan saiz pasaran berpotensi.

Advertisements
Buriram United

Kelab ini telah mendominasi aspek merchandising seperti jersi, mafla, sticker, dan pakaian selain turut menganjurkan pelbagai aktiviti lain seperti festival, konsert, sukan bermotor, e-sport dan sebagainya untuk mempelbagaikan jenama.

Buriram United sudah 7 kali muncul juara Thai League dan 9 kali beraksi dalam saingan AFC Champions League. Kejayaan dalam dan luar padang ini telah mendapat pengiktirafan dari seluruh Thailand.

Peminat yang membeli barangan Buriram United tidak perlu menonton perlawanan mereka kerana jenama itu sendiri adalah ‘winning mentality’.

Advertisements

Bandar Dimana Kebanyakan Orang Memakai Jersi Setiap Hari

Jika diperhatikan dengan teliti, Buriram bukanlah sebuah kawasan yang glamor atau popular di Thailand. Dengan jumlah penduduk sekitar 1.6 juta, kawasan itu hanya memiliki beberapa tarikan selain bola sepak.

Stadium mereka dikatakan berada dalam hampir semua buku panduan pelancongan. Keberadaan mereka ditengah-tengah Buriram itu telah membolehkan kelab menjana semangat dan kesetiaan yang tidak mampu dilawan oleh pencabar lain.

Hampir semua rumah di Buriram memiliki sekurang-kurangnya 1 helai jersi Buriram United. Apabila jersi baharu dibukan jualan, ramai yang akan beratur dikedai rasmi seawal dinihari. Ada juga yang memakai seminggu sekali dan ada juga yang mengenakannya setiap hari!

Advertisements

Biarpun prestasi pasukan menurun, jualan barangan rasmi kelab sentiasa berada diatas.

“Sebelum Saya Bekerja Dengan Buriram United, Hanya Jersi Dijual Sebagai Merchandise.”

Itulah yang dikatakan oleh Chidchanok Chidchob – Pengarah Merchandising Buriram United.

“Saya bukan peminat tegar bola sepak atau lain-lain, tetapi saya tahu ayah (Pengerusi Buriram United, Newin Chidchob) sangat suka menonton bola sepak. Ayah selalu mengadakan trip ke stadium bola sepak bersama keluarga apabila kami melancong. Jadi, saya melihat suasana disekitar stadium yang kami singgah and lihat kedai mereka menjual segalanya dari pencungkil gigi sehingga pakaian.”

“Selepas melihat perkara itu, saya sedar bahawa jenama boleh menjadi besar. Kami tidak boleh hanya memiliki jersi bola sepak. Kami perlu luaskan barangan, jadi saya mula mencipta produk lain.”

“Saya sedar Buriram boleh menjana jualan jersi yang tinggi bukan disebabkan produk itu sendiri tetapi faktor lain juga terlibat seperti kejayaan pasukan dan jenama kelab. Sekarang, jersi Buriram United adalah buah tangan wajib beli dari negeri Buriram.”

Terkini, Buriram United telah menyelaraskan rekaan merchandise mereka untuk berada dalam trend yang sama dengan permintaan orang awam. Jenama Buriram United ini telah melangkaui sebagai sebuah entiti kelab bola sepak dan mula berkecimpung dalam bidang ‘leisure attire’.

Kelab ini telah mempelbagaikan senarai merchandise mereka dan ketika ini terdapat lebih 100 jenis produk dijual dalam Buriram Megastore termasuklah t-shirt Hawaii, bracelet serta anak patung. 

Fakta-Fakta Menarik Jersi Buriram United

  • Jersi musim 2020 dihasilkan dari material botol plastik, dimana setiap jersi menggunakan 14 botol plastik yang dikitar semula.
  • Jualan jersi musim 2020 juga berjaya merekodkan 49,164 helai jersi dijual dalam tempoh 1 hari.
  • Pada musim 2016, Buriram United telah mengeluarkan jersi berwarna merah jambu dan mereka berjaya menjual semua 20,000 helai dalam masa 5 jam sahaja. Ini adalah rekod jualan jersi paling pantas di Thailand.
  • Kualiti material yang sentiasa ditambah baik selain rekaan mengikut peredaran semasa membolehkan Buriram United terus berada dihadapan.

Harga Yang Mesra Pengguna – Mampu Milik.

Faktor utama lain yang menjadikan Buriram United popular dalam kalangan peminat bola sepak adalah harga yang mesra pengguna atau mampu milik yang sebenar (MMYS).

Pihak pengurusan Buriram United memutuskan untuk tidak melakukan ‘partnership’ dengan jenama-jenama lain seperti yang dilakukan oleh kebanyakan kelab Thailand, sebaliknya mereka merupakan salah sebuah kelab yang menghasilkan semuanya secara ‘in-house’.

Harga jersi yang biasa dijual adalah sekitat THB890 sehingga THB1900 adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan jersi Buriram United. Mereka masih mampu untuk menjual jersi pada harga THB690 walaupun kos pengeluaran meningkat sebanyak 30%!

Malahan ketika tempoh kawalan pergerakan tahun 2020 dan 2021, kelab Buriram United telah membuka ‘Drive-Thru Buriram United’ bagi memudahkan peminat untuk mendapatkan barangan kelab.

Jika diperhatikan, sebenarnya ‘survival’ kelab adalah lebih utama jika dibandingkan dengan kejuaraan terutamanya di Asia Tenggara. Bagaimana?

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram