“Inilah Cara Kuching City Yang Kita Mahu” – Aidil Sharin
Liga Super
MakanBola
Kuching City FC
Advertisements

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak amat berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Negeri Sembilan FC semalam.

Aksi terakhir Liga Super itu menyaksikan The Cats ketinggalan awal menerusi Sharel Fikri Md Fauzi. Bagaimanapun, Kuching City muncul pemenang hasil dua gol Bruno Dybal, Yuki Tanigawa dan Pedro Henrique.

Advertisements

The Cats bukan saja kerap menyerang barisan pertahanan skuad Rusa terutama dalam separuh masa kedua.

Malah, corak permainan mereka yang mementingkan kawalan bola dan hantaran pendek mengakibatkan tuan rumah bergelut untuk keluar dari bahagian mereka.

Justeru, Aidil berpendapat corak permainan hari ini patut dikekalkan Kuching City dan dijadikan sebagai model permainan mereka untuk saingan Liga Super musim hadapan.

Advertisements

“Saya fikir semua orang sudah faham peranan mereka (masing-masing). Kita bermain bola sepak yang lebih bagus.

“Apa yang saya boleh katakan ialah kita bertambah bagus sedikit demi sedikit. Dan pemain-pemain semakin biasa dengan sistem permainan yang saya mahu terapkan.

“Ini sesuatu yang kita mahu bina di kelab dan dapat dilakukan untuk musim seterusnya. Jadi, saya percaya para pemain faham dan langkah yang bagus ini dapat dibawa ke musim hadapan,” katanya kepada Nadi Arena selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Kemenangan semalam merupakan kemenangan kedua Kuching City dalam Liga Super. The Cats menamatkan musim mereka di tangga ke-13 dengan 12 mata.

News Comments Account