Inisiatif yang diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membantu untuk mencungkil lebih ramai bakat bola sepak wanita Malaysia.
Baru-baru ini, Inisiatif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diteruskan di Sekolah Kebangsaan Putra Height, Subang Jaya.
Seramai 71 atlet pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun telah terlibat di dalam klinik bola sepak wanita yang dijanjurkan ini.
Pengenalan ini juga merangkumi sesi latihan yang melibatkan teori serta praktikal itu telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Malayan Tigress, Soleen Al-Zoubi Bersama Penolong Ketua Jurulatihnya, Leila Chua.
Program ini juga dihadiri oleh Duta Bola Sepak Wanita negara, Lyana Soberi serta pemain skuad Malayan Tigress, Eva Olivianie Antinus.
Inisiatif ini juga dilaksanakan oleh FAM dan KPM bagi memastikan tenaga pengajar di sekolah turut dapat mempelajari teknik kejurulatihan yang betul.
Bukan itu sahaja, usaha ini dapat membantu untuk memberi pendedahan awal mengenai teknik-teknik asas dalam latihan bola sepak khususnya bagi atlet pelajar wanita di sekolah.
Kempen Bola Sepak Wanita FIFA ini akan diteruskan lagi di Kuala Lumpur, hari ini.
Usaha memperkasakan bola sepak di rantau Asia diteruskan dengan FIFA, bekerjasama dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), menganjurkan Bengkel Serantau Bola Sepak Wanita di Jakarta.
Presiden FIFA telah merasmikan Pejabat FIFA Indonesia sebelum Piala Dunia B-17 FIFA tahun lepas. Setiap Persatuan Ahli diwakili oleh orang dari negara mereka bertanggungjawab untuk pertumbuhan bola sepak wanita.