Advertising
Insiden Gaduh Besar Cemari Pertembungan Dua Kelab Gergasi Jepun
MakanBola
Nagoya Grampus

Pertembungan antara dua kelab gergasi Jepun, Urawa Reds menentang Nagoya Grampus berlangsung dengan cukup baik namun insiden pergaduhan telah mencemari perlawanan tersebut.

Perlawanan pusingan keempat Emperor Cup menyaksikan Nagoya Grampus mencatatkan keputusan bersejarah untuk menundukkan Urawa Reds dengan keputusan 3-0.

Ad

Gol yang dijaringkan oleh Mateus, Kasper Junker, dan Ryuji Izumi menyaksikan pasukan bimbingan K. Hasegawa mara ke pusingan berikutnya.

Ad

Aksi tersebut juga menyaksikan pemain pinjaman Nagoya Grampus, Kasper Junker berjaya membalas dendam terhadap bekas majikannya.

Perlawanan tersebut bagaimanapun dicemari dengan pergaduhan besar oleh pada penyokong Urawa Reds yang kelihatan menyerang sebilangan penyokong lawan.

Ad

Keadaan tersebut bagaimanapun dapat dileraikan oleh sebilangan penyokong yang berada di situ agar tiada insiden lebih buruk berlaku.

Ad

Tindakan para penyokong itu mungkin bakal mencemari status kedua-dua pasukan yang mungkin berdepan tindakan tatatertib selepas ini.

Ad