Insiden Keganasan Cemari Perlawanan Brazil & Argentina
Piala Dunia
BR Football
Advertisements

Insiden keganasan penyokong dan polis mencemari perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan membabitkan Brazil dan Argentina hari ini.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Maracana itu terpaksa ditangguhkan selama 30 minit apabila penyokong kedua-dua pasukan mula bergaduh.

Polis yang datang ke bahagian penyokong Albiceleste cuba menyuraikan keadaan. Malangnya, sesetengah penyokong tidak mengendahkan amaran dan cuba melawan pihak berkuasa.

Advertisements

Ini mendorong pasukan Argentina diketuai legenda Barcelona, Lionel Messi bergerak ke tepi padang dan menyeru penyokong agar berhenti bergaduh.

Keadaan semakin tegang apabila polis Brazil bertindak ganas dengan memukul penyokong. Ini mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemain Argentina termasuk penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez.

Beliau kemudiannya membawa pasukan Argentina masuk ke bilik persalinan. Hanya selepas keadaan kembali tenang, barulah Albiceleste kembali masuk ke padang.

Advertisements

Video insiden keganasan penyokong di Stadium Maracana tular di media sosial dan turut dikongsikan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Bagi Messi, insiden sebegini perlu dihentikan terutama ke atas penyokong Argentina. Ini kerana insiden tersebut akan sentiasa membayangi perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu.

“Hari ini kita mencipta sejarah tetapi amat penting untuk (saya) katakan bahawa ia sekali lagi dibayangi insiden orang Brazil memukul orang Argentina.

Advertisements

“Ini sesuatu yang tidak boleh diterima. Ini satu kegilaan. Perkara ini perlu dihentikan dengan segera,” katanya seperti dipetik Romano.

Albiceleste kemudiannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Selecao menerusi jaringan bekas bek tengah Manchester City, Nicolas Otamendi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram