Insiden Pemain Luton Town Rebah Cetuskan Kerisauan
EPL
Luton Town FC
Advertisements

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Luton Town dan Bournemouth terpaksa dibatalkan selepas kapten Luton, Tom Lockyer tidak sedarkan diri.

Sky Sports melaporkan insiden tersebut berlaku pada minit ke-58 di Stadium Vitality dengan kedua-dua pasukan ketika itu terikat 1-1.

Sebaik menyedari apa berlaku, pengurus The Hatters, Rob Edwards mengarahkan pemain-pemain memberi laluan kepada pasukan perubatan untuk memberi bantuan kepada Lockyer.

Advertisements

Perlawanan kemudiannya ditangguhkan dengan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan kembali ke bilik persalinan beberapa minit selepas itu.

Lockyer kemudiannya diusung keluar sambil diiringi oleh pasukan perubatan. Beberapa minit selepas itu, beberapa laporan menyatakan bek tengah berusia 29 tahun itu sedar dan telah memberi reaksi positif kepada pasukan perubatan.

Advertisements

Selepas perlawanan dihentikan selama 25 minit, pengadil Simon Hopper memilih membatalkan perlawanan tersebut selepas berbincang dengan Edwards dan pengurus Bournemouth, Andoni Iraola.

Sebaik insiden ini diketahui, kelab-kelab dan figura bola sepak menyatakan rasa simpati di media sosial dan berharap Lockyer kembali pulih.

Advertisements

Luton kemudiannya mengesahkan Lockyer mengalami sakit jantung semasa berada di atas padang.

The Hatters turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dan memberi mesej bermakna kepada kapten mereka semalam.

Advertisements

“Staf perubatan kita telah mengesahkan kapten The Hatters mengalami sakit jantung di atas padang tetapi memberi tindak balas apabila beliau dibawa keluar dengan pengusung.

“Beliau telah menerima rawatan dalam stadium, di mana kita sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan daripada kedua-dua pasukan.

“Tom (Lockyer) sudah dipindahkan ke hospital di mana kita memberi jaminan beliau kini stabil dan sedang menjalani lebih banyak ujian dengan keluarga di sampingnya.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan, kebimbangan dan mesej kasih sayang buat Locks,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Insiden ini mengingatkan peminat bola sepak kepada beberapa insiden pemain yang diserang sakit jantung semasa berada di atas padang.

Antara insiden yang diingati ramai ialah bekas pemain Bolton Wanderers, Fabrice Muamba, bekas pemain pertahanan Belanda, Daley Blind dan pemain tengah Denmark, Christian Eriksen.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram