Insiden Richmond Boakye Tak Sedarkan Diri Cetus Kebimbangan
MakanBola
TV Okey / RTM Klik
Sponsors

Situasi cemas berlaku ketika pertembungan antara JDT dan Selangor untuk aksi Liga Super malam ini. Perlawanan tumpuan antara dua pasukan teratas liga ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.

Pemain import Selangor, Richmond Boakye tidak menyedarkan diri seketika pada minit ke-10 permainan.

Ad
Sponsors

Insiden tersebut terjadi ketika pasukan JDT sedang mengatur serangan ke kubu Selangor. Penjaga gol Selangor, Sam Sommerville bertindak meluru keluar untuk menepis bola.

Ad

Ketika Sam menumbuk bola keluar, secara tidak sengaja tangan Sam terkena ke kepala Boakye dan beliau terus rebah di atas padang.

Petugas kesihatan pasukan Selangor bertindak pantas masuk ke padang dan segera memberi rawatan. Selang beberapa minit selepas itu, situasi cemas itu bertukar kelegaan apabila Boakye mula memberi respon dan kembali menyedarkan diri.

Ad
https://twitter.com/bingsae/status/1685277621603676161?s=61&t=QdBCsBawBwyrMi0ZEpXaQA

Beliau dipapah keluar padang sebelum masuk semula dan meneruskan permainan.

Ad

Bagaimanapun pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe mengambil keputusan untuk membawa keluar Boakye pada minit ke-17 permainan dengan memasukkan Quentin Cheng sebagai pengganti.

Ad

Keputusan semasa pada babak separuh masa pertama, JDT 0-0 Selangor.