Advertising
Instagram Pemain Myanmar Diserang Warga Indonesia
MakanBola
Myanmar FF

Instagram pemain pertahanan Myanmar, Hein Phyo Win diserang warga maya Indonesia susulan tindakannya mengasari Marselino Ferdinan.

Aksi pertama Kumpulan B ASEAN Championship 2024 menemukan Chinthe dan Tim Garuda di Stadium Thuwunna pada 9 Disember lalu. Indonesia meraih tiga mata penuh menerusi kapten, Asnawi Mangkualam pada separuh masa kedua.

Ad

Namun begitu, tindakan Phyo Win dalam perlawanan itu yang mengundang rasa tidak puas hati penyokong Indonesia.

Ad

Minit akhir permainan menyaksikan Marselino terjatuh selepas diterjah seorang pemain pertahanan Myanmar. Tatkala pemain sayap Oxford United itu masih terbaring, Phyo Win bertindak menendang bola ke kepala Marselino.

Tindakan tidak profesional pemain pertahanan Shan United itu menyebabkan pemain Indonesia itu mengaduh kesakitan. Insiden tersebut turut mengundang rasa tidak puas hati kem Indonesia.

Ad

Susulan itu, pengadil perlawanan dari Hong Kong, Wong Wai Lun bertindak melayangkan kad kuning kepada Phyo Win.

Ad

Penyokong Indonesia yang berang kemudiannya berjaya mencari Instagram bekas bek kanan Ratchaburi itu dan meninggalkan komen-komen pedas di setiap hantaran miliknya.

Ad

Salah seorang penyokong Indonesia yang berbuat demikian ialah Emma Ramadanti. Dia menyifatkan Phyo Win seorang pemain yang memiliki sikap yang teruk.

“Pemain yang teruk, sikap yang teruk,” katanya di ruang komen. Pandangannya turut dipersetujui Ilahirizqi menerusi komen ini,”Tiada rasa hormat.”

Seorang pengguna lain bernama Mryaz44 menganggap Phyo Win langsung tidak memiliki semangat kesukanan dalam perlawanan itu.

“Pemain yang tiada semangat kesukanan, sengaja mencederakan pemain lawan, anda patut malu!” katanya.

Selepas ini, Myanmar akan menentang Filipina di Manila pada 12 Disember. Indonesia pula menerima kunjungan Laos pada hari yang sama.