Intan Serah Terus Tunjuk Taring Di Amerika Syarikat
MakanBola
@intanserah
Sponsors

Sejak menyertai New York Dutch Lions (NYDL) FC, Intan Serah Anisah Zulgafli terus menunjukkan kemampuannya sebagai pemain tengah menyerang. Terbaru, satu bantuan gol yang diciptanya membantu NYDL FC melakar kemenangan 1-0 ke atas New Jersey Wizards.

Turun dalam kesebelasan utama, Intan banyak mencipta pelbagai gerakan serangan yang mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan.

Ad

Satu hantaran gol yang dilorongkan pemain skuad wanita kebangsaan itu kepada rakan sepasukannya menembusi gawang Wizards sekaligus memastikan kemenangan NYDL FC.

Ad

Intan sendiri pada satu ketika berpeluang menambah koleksi golnya bersama Dutch Lions. Malangnya, sepakan kaki kirinya itu hanya mengenai tiang.

Hal ini turut disentuh Intan secara berseloroh di Instagram. “Satu bantuan gol, satu tiang haha. Lagi tiga mata hari ini. GGWP Girls!” katanya hari ini.

Ad

Tetapi itu tidak menafikan hakikat bahawa perpindahan Intan mula memberi kesan besar kepada Dutch Lions. Keserasian dengan rakan-rakan sepasukannya dan kemahiran yang ditunjukkannya pasti memberi impak positif kepada skuad wanita kebangsaan.

Ad

Di ruang komen Instagram peribadinya, ramai memuji impak positif yang dibawa Intan termasuk keserasian sesama rakan sepasukan. Dan ramai berharap dengan perlawanan terakhir NYDL FC yang berlangsung esok, beliau mengakhiri kempen mereka dengan noktah kegembiraan.

Ad