Iraq meneruskan rentak kemenangan dalam kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 apabila berjaya membaham Filipina di Stadium Memorial Rizal.
Filipina tampil dengan formasi 4-4-2 dengan menagih beberapa khidmat pemain hebat seperti Neil Etheridge, Christian Rontini dan Kevin Ingreso.
Iraq yang dikendalikan oleh Jesus Casas pula bermain 4-2-3-1 yang dibintangi pemain berbahaya dibahagian serangan seperti Aymen Hussein, Zidane Iqbal serta Ali Jasim Elaibi.
Iraq tidak menunggu lama untuk jaringan pertama apabila Aymen Hussein menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-14 perlawanan.
Memasuki minit ke-30, giliran Amir Al Ammari pula menjaringkan gol kedua buat pasukan Iraq. 6 minit kemudian, Aymen Hussein sekali lagi mencetak gol setelah menerima hantaran daripada Rebin Sulaka.
Bersambung babak kedua, Filipina cuba membawa nafas baharu dengan melakukan beberapa pertukaran pemain dengan membawa masuk Simen Lyngbo dan Sebastian Rasmussen.
Namun bekas pemain akademi Manchester United, Zidane Iqbal menambah duka Filipina apabila membolosi gawang gol The Azkals buat kali keempat pada minit ke-62.
Zaid Tahseen menutup peluang kebangkitan Filipina setelah menyempurnakan gol kelima Iraq pada minit ke-77 menerusi hantaran El Ani.
Tamat perlawanan, Filipina dibelasah Iraq dilaman sendiri dengan jaringan 5-0 sekaligus meletakkan Filipina ditangga tercorot kumpulan F.
Iraq pula meraih 4 kemenangan berturut-turut dan kini berada ditangga teratas dengan mengumpul 12 mata dan kini hanya berbaki dua perlawanan bertemu Indonesia dan juga Vietnam pada Jun kelak.