Iraq Cemas Sebelum Tundukkan Filipina
Asia
Philippine FF
Advertisements

Iraq meneruskan rentak kemenangan mereka dalam saingan kumpulan F Kelayakan Piala Dunia 2026 meskipun terpaksa menunggu hingga lewat permainan untuk menewaskan Filipina.

Aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Basra menyaksikan pasukan tuan rumah mendominasi sebahagian besar permainan dengan penguasaan bola yang tinggi sejak minit pertama.

Iraq yang diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini dipaksa bekerja keras oleh Filipina yang tampil lebih defensif sepanjang separuh masa pertama.

Advertisements

Asakan demi asakan masih gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh kedua-dua pasukan sekaligus menamatkan separuh masa pertama dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, Iraq terus memperkemas jentera serangan mereka bagi mencari jalan menembusi gawang Filipina yang dikawal Neil Etheridge.

Filipina yang dibimbing oleh Tom Saintfiet tetap utuh mempertahankan kubu mereka dan lebih selesa melancarkan serangan balas pantas ke kawasan Iraq

Advertisements

Usaha tuan rumah untuk mendapatkan jaringan akhirnya membuahkan hasil menerusi penyerang, Mohanad Ali yang menerima umpanan cantik dari Amir Al Ammari enam minit sebelum masa sebenar tamat.

Tamat perlawanan, Iraq 1-0 Filipina.

Keputusan ini menyaksikan Iraq terus memperkukuh kedudukan di tangga teratas kumpulan F dengan sembilan maksimum manakala Filipina kekal menghuni tangga tercorot kumpulan dengan satu mata.

Advertisements

Kedua-dua pasukan akan kembali bertemu dalam akai keempat kumpulan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram