Irfan Bakti Anggap Kekalahan Kuching City Memalukan
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Ketua jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abdul Salim menyifatkan kekalahan yang menimpa pasukannya sebagai satu perkara yang amat memalukan.

Beraksi di laman sendiri nyata tidak menjadi satu kelebihan yang diharapkan apabila mereka tumpas dengan kekalahan besar 0-5 kepada Selangor.

Dua gol awal yang dijaringkan oleh anak didik Tan Cheng Hoe jelas membunuh semangat para pemain pada separuh masa kedua apabila bolos tiga lagi gol selepas itu.

Advertisements

Mengulas lanjut, jurulatih berpengalaman itu ada padangan tersendiri tentang prestasi pasukannya.

“Ia satu kekalahan yang memalukan. Bagaimanapun inilah pengalaman kami yang beraksi di Liga Super.”

Beliau bagaimanapun menuntut anak buahnya agar segera bangkit dan melupakan kekalahan pahit ini kerana baru bermain dua perlawanan musim ini.

Advertisements

“Pemain-pemain saya perlu bangkit dan jangan jadi ‘ball watcher’ jelasnya.

Gol Selangor dijaringkan oleh Noor Al-Rawabdeh, Aaron Del Valle, Danial Asri, dan juga Brendan Gan.

Aksi berikutnya akan melibatkan pertembungan Kuching City berdepan Sabah di laman sendiri sementara Selangor akan turun menentang Sri Pahang di Stadiuk MBPJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram