Irfan Bakti: Saya Bertanggungjawab Atas Segala Yang Berlaku
Liga Super
Kuching City FC
Advertisements

Jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti kecewa dengan prestasi yang ditampilkan anak-anak buahnya selepas mereka tunduk 2-1 kepada Perak FC.

Ini kerana walaupun sudah membuat beberapa perubahan termasuk memperkenalkan pemain import baru Pedro Henrique, Il Gatto masih gagal meraih kemenangan yang dicari-cari sejak Mac lepas.

Justeru, bekas pengendali Terengganu FC itu akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan Kuching City FC dan bersedia bertanggungjawab atas segala yang berlaku.

Advertisements

“Yang paling pentingnya, kita harus mengutip tiga mata. Tapi permainan buruk, bagi saya tak cantiklah pemain-pemain malam ini terutamanya pemain import baru saya kan untuk melakukan sesuatu.

“Malangnya, tak dapat. Dan kita tiada peluang sebenarnya, kita punya peluang sebijik (gol Abu Kamara) itu jelah. Jadi, saya akan jumpa management, saya bertanggungjawab segala-galanya. Sukar saya nak cakap,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Selepas ini, Il Gatto bakal menerima kunjungan Kelantan FC dalam aksi Liga Super seterusnya pada 21 Julai ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram