Irfan Fandi Sertai Port FC, Gandingan Asnawi Mangkualam
MakanBola
BG Pathum United/Port FC

Bek tengah Singapura, Irfan Fandi sah melengkapkan perpindahan ke kelab Thai League 1, Port FC hari ini.

Perpindahan ini diumumkan pengurusan Port menerusi satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka.

Ad
Advertisement

Perpindahan ini menyaksikan Irfan bakal bergandingan dengan seorang lagi bintang Asia Tenggara yang beraksi untuk Port Lions, Asnawi Mangkualam.

Ad

Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan putera sulung legenda Singapura, Fandi Ahmad itu dengan kelab berkenaan. Perpindahan ini hanya disahkan selepas BG Pathum sah bergelar juara Thai League Cup semalam.

Advertisement

“Port FC mengumumkan pengesahan perpindahan pemain pertahanan Singapura, Irfan Fandi menyertai pasukan secara formal untuk musim 2024/25 sebagai pemain import kuota ASEAN.

“Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu baru saja tamat kontrak bersama BG Pathum United sebelum mencapai perjanjian untuk menyertai Port Lions sebagai kelab keduanya di Thailand dan mengisi satu daripada dua kuota pemain ASEAN bersama kapten Indonesia, Asnawi Mangkualam.

Ad
Advertisement

“Ketika ini, kelab sudah menutup terus usaha merekrut pemain dari pasaran pemain import. Irfan Fandi telah bersama BG Pathum United sejak musim 2019 dengan 124 penampilan, 10 gol dan lima bantuan gol.

Ad

“Beliau memenangi satu gelaran juara Thai League 1, satu gelaran juara Thai League 2, dua gelaran juara Thai Champions Cup dan satu gelaran juara Revo Cup (Thai League Cup) musim 2023/24,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisement

Irfan menyertai barisan pemain baru yang sah menyertai Port untuk kempen musim depan. Selain beliau, Port Lions turut mengesahkan perpindahan Willen Mota dan Lonsana Doumbouya.

Selain BG Pathum, Irfan juga pernah beraksi untuk Young Lions, Home United (kini Lion City Sailors), Universidad Catolica dan AC Barnechea.

Advertisement