Irwan Rizal Dilantik CEO Baharu Kelantan DN
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC
Sponsors

Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mendapat suntikan semangat menerusi pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Datuk Mohd Irwan Rizal Ali Napiah.

Pelantikan ini diumumkan Kelantan DN di platform media sosial rasmi pasukan itu.

Ad
Sponsors

“Kelantan Darul Naim FC dengan berbesar hati mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Mohd Irwan Rizal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu.

Ad

“Pelantikan ini menandakan permulaan era baharu dalam pengurusan bola sepak negeri di bawah naungan KDN FC, yang komited untuk mengangkat semula martabat pasukan dan membawa harapan baharu kepada penyokong setia,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kelantan DN percaya pengalaman yang dimiliki Irwan Rizal dalam bidang korporat mampu mengangkat kembali martabat pasukan termasuk pembangunan jangka panjang.

Ad

“Dato’ Mohd Irwan Rizal merupakan seorang tokoh profesional berpengalaman dalam bidang korporat dan pengurusan sukan, termasuk terlibat dalam beberapa inisiatif pembangunan sukan di peringkat negeri,” tambahnya.

Ad

“Dengan latar belakang kepimpinan strategik, beliau diyakini mampu memperkukuh struktur kelab, menarik pelaburan, dan merancang pembangunan jangka panjang untuk memastikan KDN FC menjadi pencabar utama dalam liga bola sepak Malaysia.

Ad

“Kami yakin dengan kepimpinan beliau, KDN FC akan terus maju ke hadapan, memartabatkan bakat anak tempatan dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan.”

Antara isu yang dijangka menjadi fokus Irwan Rizal ialah permohonan Lesen Kebangsaan musim 2025/26, kemelut kewangan termasuk tunggakan gaji dan isu sekatan perpindahan FIFA.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments