Dunia
Advertisements

Kuala Lumpur sedia bersaing di Liga Super bagi musim ini bagi menggantikan mana-mana pasukan yang masih gagal menyelesaikan tunggakan gaji musim lalu.

Difahamkan terdapat beberapa pasukan dalam Liga Super yang masih gagal melunaskan tunggakan gaji yang sepatutnya boleh dihalang daripada beraksi atau diturunkan pangkat ke Liga Perdana.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum ini telah memberi amaran kepada beberapa pasukan yang mempunyai tunggakan gaji, antaranya pasukan boleh dikenakan hukuman ditarik kembali lesen kelab kebangsaan atau pelbagai sekatan termasuk dijatuhkan ke Liga Perdana.

Advertisements

Bagi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa berkata, skuad Warga Kota yang akan bersaing di Liga Perdana musim ini tidak berdepan sebarang masalah tunggakan gaji sebelum ini.

Katanya, sekiranya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berhasrat untuk mencari pengganti pasukan di Liga Super, skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff itu sedia menerima tawaran berkenaan.

Indra Putra Mahayuddin 1 Isu Gaji, Kuala Lumpur Berpeluang ke Liga Super
Indra Putra masih mampu beraksi bersama KLFA

“Kita sedia (beraksi di Liga Super). Kalau pemain-pemain yang ada ini saya rasa tiada masalah dan boleh pergi (beraksi),” katanya.

Advertisements

Menurutnya lagi, beberapa pemain senior seperti Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin mampu mengetuai barisan pemain sekaligus memberi cabaran di saingan liga utama itu.

“Macam saya tengok hari Isnin lalu, kita hantar pemain buat ujian kecergasan di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya). Paling mengejutkan Shukor muncul yang terbaik walaupun umurnya 40 tahun”.

“Indra juga sama, jadi saya tak nampak masalah sekiranya kita nak beraksi di Liga Super kalau diberi tawaran,” tambahnya lagi.

Advertisements

Difahamkan juga terdapat enam pasukan yang berhadapan masalah tunggakan gaji dengan empat daripadanya beraksi di Liga Super manakala dua lagi pasukan di Liga Perdana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram