Isu Ketiadaan Pau Marti, Ini Jawapan Rasmi Presiden FAM
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Kehadiran penolong jurulatih Kim Pan-gon dari Sepanyol, Pau Marti Vicente dalam Kongres Tahunan FAM Ke-60 mencuri tumpuan media hari ini.

Sebelum ini, ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya beliau semasa aksi kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan Malaysia dan Oman pada 26 Mac lepas.

Ini menimbulkan desas-desus bahawa Vicente tidak lagi menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan Harimau Malaya.

Advertisements

Hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan ketiadaan Vicente pada hari itu disebabkan oleh faktor kesihatan.

Penolong jurulatih Sepanyol itu telah dimasukkan ke hospital pada 23 Mac sebelum dibenarkan keluar pada 28 Mac lalu.

“Timbul juga isu bahawa penolong jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente telah meninggalkan skuad Harimau Malaya selepas kelibatnya tidak kelihatan di bangku simpanan pada aksi menentang Oman di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Mac lalu.

Advertisements

“Beliau sebenarnya telah dimasukkan ke hospital pada 23 Mac iaitu sehari selepas skuad kebangsaan pulang dari Muscat, Oman kerana telah mengalami masalah kesihatan.

“Beliau ditahan wad selama enam hari dan hanya dibenarkan pulang ke rumah pada 28 Mac lalu. Justeru, Pau Marti sah masih bersama skuad Harimau Malaya,” katanya kepada media hari ini.

Kepakaran Vicente bakal ditagih Pan-gon untuk baki dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram