UltraSukan
Olympics Council of Malaysia/Olympic Day Malaysia
Advertisements

Penganjur program bagi memperkenalkan pakaian kontinjen Malaysia baru-baru ini telah tampil membuat permohonan maaf.

Advertisements

Baru-baru, pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah memperkenalkan pakaian kontinjen Olimpik negara di Paris berupa baju berkolar, baju T dan jaket dalam satu majlis sempena Hari Olimpik Malaysia di The Exchange TRX.

Walau bagaimanapun, sejak diperkenalkan kepada orang ramai, imej pakaian berkenaan mendapat maklum balas negatif daripada peminat sukan tanah air di media sosial terutamanya dari segi pemilihan warna dan corak pakaian berkenaan.

Advertisements

Malah, ada juga peminat yang menyuarakan pandangan mengenai keputusan oleh penganjur yang memilih patung mannequin yang digunakan untuk memperagakan pakaian tersebut berbanding menggunakan atlet-atlet sebagai model

Dalam satu kenyataan di laman facebook Olympic Day Malaysia, pihak pengajur iaitu My Creative Moments tampil membuat permohonan maaf di atas sebarang kekurangan yang berlaku sepanjang majlis itu berlangsung.

Advertisements

“MY Creative Moments, selaku penganjur sambutan Hari Olimpik Sedunia 2024 di Kuala Lumpur, memohon maaf atas sebarang kelemahan dan kekeliruan yang timbul pada majlis pelancaran pakaian rasmi Kontinjen Malaysia pada Ahad, 23 Jun 2024.”

“Kami mengakui kesilapan kami dan mengambil tanggungjawab atas sebarang cacat cela dalam pengurusan dan penganjuran acara it serta ulasan daripada peminat dan netizen yang menjejaskan imej MOM secara keseluruhan. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada MOM dan Kontinjen Malaysia.”

Dalam perkembangan yang sama, berita gembira buat kontinjen Malaysia apabila seorang lagi atlet cemerlang menempah tempat ke Sukan Olimpik iaitu Ashley Lau, pemain golf wanita negara sekaligus menjadikan secara keseluruhan seramai 22 atlet.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram