Isu Tunggakan Gaji Kedah Bakal Berakhir
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menghela nafas lega kerana masalah tunggakan gaji yang membelenggu pasukan itu bakal berakhir.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemilik majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini.

Kedah kini dalam proses melunaskan 50% tunggakan gaji barisan pemain dan pegawai. Daud turut memaklumkan pasukan itu bakal melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji tidak lama lagi.

Advertisements

“KDA FC kini dalam proses melunaskan sebahagian tunggakan gaji iaitu 50% baki gaji untuk musim 2023.

“Pihak pengurusan juga dalam proses melunaskan sepenuhnya tunggakan ini mengikut syarat yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL),” katanya.

Sebelum ini, Kedah diberi tempoh sehingga akhir bulan ini oleh First Instance Body (FIB) untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka.

Advertisements

Seandainya isu tersebut masih berlarutan, pasukan itu bakal dikenakan hukuman potongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000.

Kedah ketika ini fokus membuat persiapan untuk musim baru Liga Super yang bakal bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram