Ads
Asia
Cerezo Osaka

Aksi tumpuan J1 League minggu ini menyaksikan Cerezo Osaka mengatasi Gamba Osaka 1-0 dalam aksi derby Osaka di Stadium Yodoko Sakura.

Advertisements

Perlawanan derby Osaka sentiasa menjadi tumpuan kerana sejarah silam membabitkan Gamba dan Cerezo dalam Japan Soccer League (JSL) dan kemudiannya, J1 League.

Advertisements

Gamba pada asalnya merupakan pasukan simpanan Yanmar Diesel (nama lama Cerezo) pada tahun 70-an sebelum ditutup pada 1979.

Advertisements

Advertisements

Bagi membantu pemain dan staf kejurulatihan yang terjejas, Matsushita Electric (nama lama Gamba) membentuk satu pasukan baru yang dianggotai mereka.

Kedua-dua pasukan bertemu buat kali pertama dalam Emperor’s Cup pada 1982 sebelum bertemu secara rasmi dalam JSL pada musim 1986-1987.

Advertisements

Bila J. League dibentuk pada 1991, Gamba dipilih sebagai wakil Osaka memandangkan Cerezo ketika itu sudah tersingkir ke divisyen kedua.

Hanya selepas Cerezo kembali ke J1 League pada 1994, barulah kedua-dua pasukan berentap untuk aksi derby Osaka pertama dalam sejarah liga berkenaan.

Atas sebab itu, setiap kali kedua-dua pasukan berentap, perlawanan ini sentiasa menjadi tumpuan ramai biarpun kedudukan mereka dalam liga berbeza saban tahun.

Cerezo mengungguli derby Osaka yang ke-46 dalam J1 League hasil jaringan tunggal penyerang Brazil, Leo Ceara.

Cerezo kini mengumpul 49 mata, dua mata di belakang Sanfreece Hiroshima dan Nagoya Grampus Eight yang masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima liga.

Manakala Gamba pula berada di tempat ke-14, lapan mata di depan pasukan tercorot Yokohama FC.

Ramai mengharapkan Gamba tidak diheret ke pertarungan mengelak penyingkiran dengan baki tiga perlawanan liga.

Advertisements

Kali terakhir kedua-dua pasukan tidak bertemu di J1 League ialah pada 2002, 2007-2009 dan 2015-2016. Ini sesuatu yang mahu dielak Gamba bagi memastikan derby ini terus menjadi tumpuan ramai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram