Pasukan J1 League, Kawasaki Frontale mempamerkan aksi yang cukup mengujakan untuk membenam Shonan Bellmare.
Beraksi di gelanggang lawan, Kawasaki merombak kesebelasan utama pasukan dengan menurunkan beberapa muka baharu.
Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pertama menerusi ledakan Shin Yamada pada minit ke-11.
Kawasaki Frontale memperoleh gol kedua menerusi ledakan Leandro Damiao pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.
Aksi babak pertama tamat 2-0.
Bersambung babak kedua, anak buah Toru Oniki meningkatkan penguasaan bola untuk terus menyekat kemaraan tuan rumah.
Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.
Kawasaki Frontale kekal di tangga ke-9 liga dengan 39 mata, 5 mata dipisahkan dengan pasukan tangga ke-8 J League.