Di MakanBola, kami membuka peluang untuk sesiapa sahaja menjadi penulis. Kami mempunya lebih 20,000 pengikut di Facebook dan lebih 6000 ahli kumpulan di FB Group rasmi MakanBola.com

Topik utama di MakanBola adalah Bola Sepak Tempatan dan tujuan kami menulis bukan kerana duit tetapi kerana minat yang mendalam terhadap:

  • Bola sepak tempatan
  • Bola sepak luar negara
  • Bidang penulisan
  • Perkongsian buah fikiran
  • Teknikal bola sepak
  • Persahabatan sesama peminat bola sepak

Paling penting di MakanBola sebenarnya adalah bagaimana dengan penulisan, mampu mengubah bola sepak di Malaysia.

MakanBola tidak hanya fokus kepada berita dan isu semasa sebaliknya juga mengenengahkan buah fikiran penulis berkenaan sesuatu isu, taktikal dan lain-lain.

Jana Pendapatan Sebagai Rakan Kongsi MakanBola

Apabila anda menjadi penulis, secara automatik anda menjadi rakan kongsi MakanBola.com.

50% dari hasil pendapatan web akan diberikan kepada penulis-penulis MakanBola mengikut:

  • Panjang dan kualiti artikel
  • Jumlah view

Contohnya jika terdapat 10 penulis dan kesemua penulis menulis jumlah artikel yang sama banyak dan semuanya memiliki kualiti dan jumlah view yang sama, maka pendapatan akan dibahagi sama rata.

Lebih banyak artikel dan lebih banyak jumlah view seseorang penulis maka lebih banyak wang akan diterima seseorang penulis tersebut.

Sekiranya anda benar-benar berminat Whatsapp Diktator MakanBola segera di sini.