Advertising
Jadual 4 Pasukan Aksi ASEAN Championship
MakanBola
Changsuek

Thailand, Singapura, Vietnam dan Filipina bakal berentap dalam saingan separuh akhir ASEAN Championship 2024.

Gajah Perang selaku juara Kumpulan A bakal berdepan Filipina di pentas separuh akhir. Satu lagi aksi bakal menemukan Singapura dan Vietnam.

Thailand dan Vietnam hadir dengan prestasi semasa yang mantap. Kedua-dua pasukan memiliki rekod tanpa kalah sepanjang peringkat kumpulan dengan Thailand memiliki rekod kemenangan 100%.

Ad

Meskipun berstatus naib juara kumpulan, Singapura dan Filipina berpotensi mencipta kejutan ke atas lawan masing-masing. Ini termasuk Filipina yang menewaskan Indonesia 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B.

Ad

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Gajah Perang dan Pahlawan Bintang Emas memiliki kelebihan tersendiri.

Thailand berjaya menewaskan Filipina sebanyak 19 kali daripada 24 pertemuan sebelumnya. Ini termasuk kemenangan 2-1 dalam saingan King’s Cup 2024 pada Oktober lalu.

Ad
Ad

Vietnam pula memiliki rekod tujuh kemenangan ke atas Singapura daripada 20 pertemuan lalu. Walau bagaimanapun, aksi terakhir kedua-dua pasukan berakhir dengan Vietnam diikat tanpa jaringan oleh The Lions pada 2022.

Aksi separuh akhir pertama bakal berlangsung pada 26 dan 27 Disember. Ini disusuli aksi separuh akhir kedua pada 29 dan 30 Disember.