Jagan Abdullah Dedah Dua Punca Pemain Malaysia Tak Ditagih Kelab Vietnam
Dunia
MakanBola
Action Football Asia
Advertisements

Bukan sekali penyokong bola sepak tempatan mendengar berita pemain-pemain berkelana ke liga negara-negara ASEAN seperti Thailand dan Indonesia. Tetapi pemain Malaysia tidak pernah menjejakkan kaki ke Liga 1 Vietnam (Liga V) atas satu sebab: kualiti dan tahap pemain negara berbeza dengan tahap liga negara itu.

Fakta ini disedari oleh ejen berpengalaman merangkap Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah. Ini kerana menurut beliau, kelab-kelab ini hanya merekrut pemain-pemain import yang berkualiti dan tidak bersikap tangkap muat.

Advertisements

Isu gaji bukan satu masalah kerana kelab-kelab ini bersedia untuk berbelanja besar. Tetapi bagi Effendi, apa yang penting bagi mereka ialah pemain-pemain yang dibawa memang berkualiti tinggi dan boleh menambah nilai kepada pasukan.

“Pasukan di Vietnam tidak ada masalah untuk berbelanja besar asalkan mereka mendapat pemain yang benar-benar terbaik. Mereka memang ada dana yang banyak sehingga boleh menawarkan gaji sehingga AS$40,000 (RM170,000) sebulan.

Advertisements

“Yuran tandatangani pemain pun boleh mencecah AS$100,000 (RM420,000) sehingga AS$150,000 (RM640,000) kerana pemain memang tidak ambil pemain yang biasa-biasa.

“Beberapa kelab terkemuka suka mengambil pemain dari Brazil, Argentina dan Croatia dan melihat kepada trend, mereka tidak mahu mengambil pemain dari ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Thailand kerana kualiti dan tahap yang berbeza.

Advertisements

“Mereka lebih suka mencari pemain dari Eropah juga dan jika pemain Asia sekalipun, mereka lebih cenderung ke arah pemain dari Korea Selatan ataupun Jepun. Jadi kalau untuk pemain kita, memang payah sikit,” katanya bila dihubungi Berita Harian.

News Comments Account