Jaguh China Pintas Kedudukan Aaron Chia-Wooi Yik
UltraSukan
Badminton Asia
Sponsors

Juara dunia 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik tidak lagi berada dalam kelompok lima beregu lelaki terbaik dunia.

Ini kerana berdasarkan kemas kini ranking terbaru Persekutuan Badminton Sedunia (BWF), Aaron-Wooi Yik kini di kedudukan keenam dunia dengan markah 78,285 mata.

Ad

Mereka dipintas beregu kedua China, He Jiting dan Ren Xiangyu. Jiting-Xiangyu kini menduduki ranking kelima dunia dengan markah 79,321 mata.

Ad

Situasi ini berlaku selepas Aaron-Wooi Yik tersingkir dalam pusingan pertama saingan Orleans Masters dan All England Open.

Selain itu, isu kecederaan yang membelenggu Aaron sedikit sebanyak turut mempengaruhi prestasi pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu.

Ad

Dua lagi beregu negara terus menghuni kelompok 10 beregu lelaki terbaik dunia. Meskipun tersingkir di pusingan pertama Swiss Open, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terus menghuni ranking kedua dunia.

Ad

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun terus berada dalam kelompok 10 terbaik dengan menduduki ranking kelapan dunia. Sebelum ini, mereka merupakan beregu ketujuh terbaik dunia.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments