Jairo Da Silva Ledak Gol Sulung Bersama JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo Da Silva membuka akaun gol bersama pasukan Harimau Selatan.

Pasukan JDT ketika ini berada di Sepanyol untuk kem pra-musim selama lebih 3 minggu untuk melakukan persiapan dan menjalani aksi pemanas badan bersama 8 buah kelab.

Satu daripada 8 perlawanan pemanas badan yang dirancang telah pun diadakan pada Ahad dengan JDT turun menentang kelab Real Murcia Imperial di Pusat Latihan Melia Vilaitana.

Pada aksi tersebut, Xisco Munoz telah memberi peluang buat Jon Irazabal, Antonio Glauder, Hector Hevel beserta Jairo Da Silva untuk turun di dalam kesebelasan utama pasukan JDT.

Peluang yang diberikan buat Jairo Da Silva telah pun dibalas dengan aksi cemerlang apabila penyerang berusia 33 tahun itu mencetak gol pertama untuk JDT sejak tiba dari Pafos FC bulan lalu.

JDT Jairo Da Silva Real Murcia Jairo Da Silva Ledak Gol Sulung Bersama JDT
Johor Southern Tigers

Jaringan yang terhasil seawal minit ke-20 permainan itu juga adalah gol kedua JDT ketika menentang Real Murcia Imperial itu selepas Bergson Da Silva membuka pesta gol di minit ke-5.

Keputusan akhir menyaksikan JDT merekodkan kemenangan 4-0 dengan dua lagi jaringan berlaku di separuh masa kedua hasil sentuhan penyerang Harimau Malaya, Romel Morales.

Selepas ini, kekuatan JDT akan sekali lagi diuji oleh kelab dari Sepanyol iaitu Costa City pada Isnin, 7 Julai di Estadi Olimpic Camilo Cano untuk perlawanan kedua kempen pra-musim di sana.