Khabar angin tentang perpindahan Jalil Elías menyertai JDT akhirnya terjawab apabila disahkan sendiri oleh TMJ, pemilik kelab JDT.
Berita eksklusif tersebut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dilaman sosial X miliknya.
“Jalil Elías akan menjadi pemain kami (JDT), ya.” ujar TMJ menurut hantaran Zulhelmi Zainal Azam.
Sebelum ini, pemain berdarah Syria-Argentina itu dikaitkan akan menyertai pasukan Harimau Selatan pada Januari tahun depan secara percuma.
Jalil Elías yang merupakan pemain tengah bertahan bakal memperkuatkan barisan tengah JDT yang ketika ini dilimpahi pemain berbakat seperti Natxo Insa, Afiq Fazail, Hong Wan, Safiq Rahim dan Leandro Velasquez.
Pemain berusia 27 tahun ini sudah merekodkan 108 penampilan bersama San Lorenzo dan turut menjaringkan 4 gol dan mencipta 3 bantuan jaringan buat pasukan.
Perpindahan Jalil Elías pastinya bakal menambahkan lagi kualiti bahagian tengah JDT pada tahun hadapan sekaligus memacu kelab ke aras yang lebih tinggi.