Jamal Nasir Cadangkan Arif Aiman Ke Liga Croatia
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Sponsors

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir menyifatkan bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi memiliki potensi besar untuk mengembangkan kariernya di bumi eropah.

Lagenda Harimau Malaya itu menjelaskan bahawa Arif merupakan seorang pemain yang benar-benar pintar dan keistimewaan itu menjadi kelebihan buat Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 dan 2022 itu.

Ad

Beliau beranggapan jaringan yang diledak Arif ketika menentang kelab gergasi eropah seperti Lokomotiv Moscow dan Borussia Dortmund tempoh hari adalah satu pencapaian yang membanggakan buat pemain yang baru sahaja mencecah usia 21 tahun.

Ad

“Arif Aiman ini pada saya seorang pemain yang pintar atau ‘Intelligent Player’. Tak ada lagi sekarang ini pemain macam dia. Kalau main bola semua orang boleh main bola, tapi kepintaran tak ada.”

“Dia punya bijak itu membolehkan dia cepat membuat keputusan apabila bola ada di kakinya, selain dia boleh cepat fikir bagaimana untuk melepaskan dirinya jika dikepung pertahanan.”

Ad

“Saya bukan cakap kosong, tengok saja gol dia ke atas Lokomotiv Moscow dan juga Borussia Dortmund sebelum ini, bagaimana dia boleh mengatasi begitu mudah pertahanan lawan,” ujar Jamal Nasir kepada Harian Metro.

Ad

Jamal Nasir dalam pada itu berpendapat bahawa Arif Aiman sesuai jika beraksi di Liga Croatia. Melihatkan kepada faktor umur dan kematangan corak permainan, Arif sememangnya sudah layak untuk menembusi pasaran eropah.

Ad

“Saya tak fikir Liga Jepun atau Liga Korea buat Arif Aiman, sebab macam saya katakan tadi potensi dia jauh daripada itu.”

“Kalau main di Eropah pula tak semua liga boleh ambik pemain Malaysia kerana adanya liga yang meletakkan ranking tinggi Fifa sebagai peraturan.”

“Saya lihat Liga Croatia sesuai buat Arif Aiman untuk jadikan liga itu batu loncatan buatnya sebelum mengintai peluang main dengan liga lebih besar di Eropah,” kata Jamal Nasir.

Arif pada semalam telah membantu pasukan JDT menundukkan kelab gergasi dari Russia, Lokomotiv Moscow. Jaringan tunggal Arif memastikan skuad kendalian Esteban Solari mencatat kemenangan 1-0.

JDT bakal menamatkan kempen pra-musim di Dubai berdepan pasukan Zenit St Petersburg pada Isnin, 6 Februari 2022.