Blog
Advertisements

Pemilihan Kim Pan-gon sebagai Ketua Jurulatih sebelum ini oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disifatkan sebagai pemilihan yang tepat sebagai langkah pantas memperbaiki prestasi merosot skuad kebangsaan disamping perletakan jawatan mengejut Tan Cheng Hoe pada awal tahun ini.

Persoalan formasi pilihan Kim Pan-gon dan pemain yang ingin digunakan jurulatih Korea tersebut mula timbul walaupun beliau baru sahaja memulakan tugasnya tidak sampai sebulan.

Menurut analisis salah seorang pembaca MakanBola, Nik Muhd Farhan, Kim Pan-gon akan menggunakan formasi 4-3-3 dan boleh bertukar ke 5-3-2 dalam sesetengah keadaan.

Advertisements

Walaupun belum ada jawapan kerana perlawanan pertama hanya akan bermula pada 23 Mac ini apabila Malaysia dijadualkan bertemu Filipina dalam satu aksi persahabatan, formasi 4-3-3 bukanlah sesuatu yang asing dan mustahil memandangkan Malaysia pernah mengguna pakai formasi ini sebelum ini.

Selain itu ianya juga bersesuaian dengan DNA bola sepak yang ingin diterapkan FAM sebelum ini dalam Program dan falsafah F:30.

Jangkaan Formasi Nik Farhan (Selepas diubah suai pihak MakanBola)

Advertisements

Penyerang

Faisal Halim > Syafiq Ahmad > Arif Aiman

Tengah

Advertisements

Safiq Rahim > Hong Wan (CDM) > Zhafri Yahya

Pertahanan

Corbin Ong (LB) > Dominic Tan > Shahrul Saad > Dion Cools (RB)

Advertisements

Pertahan (Penjaga gawang)

Khairulazhan Khalid

275799302 1134522597383193 2744095534008905471 n Jangkaan Formasi Pilihan Kim Pan-gon
Via Nik Muhd Farhan / Luqman digantikan dengan Syafiq Ahmad

Syafiq Ahmad Sebagai Penyerang

Peranan sebagai penyerang utama sesuai digalas Syafiq Ahmad memandangkan beliau mempunyai pengalaman antarabangsa yang banyak selain cukup berbahaya apabila diberikan peluang beraksi di atas padang.

Dion Cools Sebagai RB

Adakah bakat sebenar Dion Cools bakal diguna pakai Kim Pan-gon sebagai RB? Mungkin jika jurulatih Korea tersebut membuat analisis tentang naluri dan prestasi terbaik Dion Cools.

Dion Cools adalah pemain ‘material’ dan beliau boleh beraksi di pelbagai posisi namun dalam senarai akhir 30 pemain yang dipilih dan konsep ‘Defensive Midfielder’ yang mungkin akan diterapkan, Dion Cools sewajarnya bermain sebagai RB dan bukannya CB.

Luqman Hakim Perlukan Masa

MakanBola menggantikan Luqman dengan Syafiq Ahmad kerana Luqman masih belum membuktikan kemampuan sebenarnya dalam aksi peringkat senior antarabangsa.

Beliau perlukan masa dan meletakkan pemain muda tersebut dalam kesebelasan utama kadang kala boleh membunuh motivasi pemain muda ini jika beraksi buruk atau gagal membuktikan kemampuannya.

Hong Wan & Kepentingan Pemain Ini

Bekas pemain akademi Wolverhampton ini yang kini beraksi bersama JDT sudah membuktikan kemampuannya semasa umurnya masih belasan tahun.

Beliau berdisiplin dalam bertahan dan mempunyai visi yang baik semasa membantu pasukan menyerang dengan hantaran ‘simple’ yang diluar jangkaan.

Hong Wan mampu mengimbangi kekuatan pasukan lawan terutamanya jika berhadapan dengan pasukan yang bermain bola sepak pantas atau serangan balas.

Safiq Rahim?

Safiq Rahim masih lagi relevan, kalau tidak untuk apa beliau dipanggil. Selain Safawi Rasid, Safiq Rahim antara pemain yang mampu menjaringkan gol menerusi sepakan bola mati.

Mungkin aksinya tidak sama seperti dulu tapi Pan-gon tahu mengapa bekas kapten Harimau Malaya ini dipanggil semula mewakili Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram