Advertising
Janji Adam Nor Azlin Kepada Kim Pan-gon
MakanBola
Goal.Com

Bekas kapten skuad B-23 tahun negara, Adam Nor Azlin tekad untuk kembali merebut tempat dalam kem Harimau Malaya.

Cakna dengan perkembangan semasa skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan-gon, Adam menzahirkan hasrat untuk kembali menyarung jersi kebangsaan. Beliau berazam untuk terus bekerja keras memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa.

Ad

Meskipun bukan satu perkara yang mudah untuk menambat hati pengendali dari Korea Selatan itu, namun bagi Adam dalam bola sepak ini tiada apa yang mustahil.

Ad

“Sudah semestinya, saya sudah lama tak beraksi di Liga Super jadi untuk membina balik nama saya mahu beraksi dan sasaran saya, kalau ada rezeki saya nak kembali bermain bersama pasukan kebangsaan.”

“Mungkin saya perlu bekerja keras lagi seperti sebelum ini kerana dahulu saya pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan. InsyaAllah dalam bola sepak tiada yang mustahil,” ujar Adam ketika ditemu bual Astro Arena.

Ad

Setelah enam musim menabur bakti di Johor Darul Ta’zim, Adam kini sudah tidak lagi terikat dengan kem Harimau Selatan. Adam dijangka akan berhijrah ke pasukan lain bagi mengharungi kempen Liga Super Malaysia yang bakal bermula pada bulan Mei kelak.

Ad

Destinasi kelab baharu Adam masih lagi jadi tanda tanya dan menjadi teka-teki samaada beliau memilih ke pasukan Perak ataupun Sri Pahang. Namun menurut Adam, akan ada pengumuman rasmi tentang penghijrahannya ke pasukan lain dalam masa terdekat.

Ad